Banyak faktor yang menjadi punca tekanan darah tinggi terutama buat orang muda, ibu mengandung, kadangkala juga kepada mereka yang sudah berumur. Kadangkala penyakit darah tinggi ini tidak mengenal sesiapa, boleh kena pada sesiapa atas banyak faktor. Apapun, pada kali ini saya cuba berikan beberapa punca tekanan darah tinggi di kalangan orang muda atau sesiapa sahaja.

bacaan normal tekanan darah

Tekanan darah tinggi atau normal

Sebelum saya pergi kepada topik punca tekanan darah tinggi, saya cadangkan anda baca dulu artikel saya berkenaan dengan apa itu tekanan darah tinggi dan normal INI. Banyak yang saya kongsikan pada artikel ini dan diharap dapat memahamkan anda berkenaan dengan punca kepada berlakunya darah tinggi di kalangan belia, mahupun ibu mengandung.

Sedikit Tips Untuk mengawal tekanan darah tinggi

Sebaik sahaja anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan rendah, saya sangat menyarankan untuk anda sentiasa merekod tekanan darah anda setiap hari. Penting untuk anda monitor tekanan darah anda, kerana jika tekanan darah anda terlalu tinggi, banyak perkara yang anda boleh lakukan sebagai langkah awal pencegahan kepada kejadian yang lebih kronik. Boleh dapatkan alat pengukur darah tinggi di SINI.

Ramai yang mula mengetahui yang mereka mengidap penyakit darah tinggi ketika sudah kronik atau jarang-jarang untuk lakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Yelah, nak periksa tekana darah pun kena sentiasa ke klinik kesihatan atau klinik-klinik berkaitan, memang saya tahu agak menyusahkan. Jika anda mempunyai alat pemeriksaan tekanan darah dirumah, mahu ataupun tidak, ianya akan memudahkan anda untuk memeriksan tekanan darah anda dari hari ke hari dengan berkesan. Jadi memang saya galakkan untuk anda mempunyai satu alat pengukur darah tinggi di rumah sama ada anda mengalami atau tidak mengalami penyakit darah tinggi.

Punca tekanan darah tinggi di kalangan orang muda

Banyak sebenarnya yang menjadi punca kepada berlakunya tekanan darah tinggi di kalangan orang muda dan rakyat Malaysia amnya.

#1 Stress di tempat kerja atau belajar

Stress adalah antara penyebab berlakunya penyakit darah tinggi terutama kepada mereka yang bekerja dalam keadaan tertekan. Antara contoh pekerjaan yang sering menyebabkan stress adalah seperti guru, doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Ya, ramai kenalan guru saya mengalami penyakit darah tinggi kerana stress dengan perangai dan tingkah laku murid, juga stress dengan kerenah pihak atasan. Jadi memang mahu atau tidak, faktor pekerjaan memainkan peranan dalam menjadi punca tekanan darah tinggi di kalangan orang muda juga guru yang mengandung.

Expectation akademik juga antara faktor kenapa remaja sekarang pun sudah mula ada penyakit darah tinggi.

#2 Pola Tidur yang Tidak Teratur

Pola tidur yang tidak tetap juga menjadi penyebab kepada punca darah tinggi yang semakin meningkat setiap tahun. Tidur yang tidak teratur kerana bermain game dan kemudian bersekolah atau bekerja pada awal pagi menjadi antara faktor meningkatnya tekanan darah anda. Jadi, memang digalakkan untuk anda mempunyai waktu tidur yang teratur dan tetap untuk mengelakkan dari meningkatnya tekanan darah.

#3 Faktor Pemakanan

Memakan makanan yang tidak sihat memang menjadi punca kepada berlakunya darah tinggi. Makanan seperti makanan rapu, berlemak, banyak kolesterol dan banyak garam memang boleh membuatkan tekanan darah anda meningkat. Terutama makanan yang tinggi kolesterol memang diakui membantu kepada meningkatnya tekanan darah pada seseorang. Faktor pemakanan yang tidak seimbang juga membantu kepada obesiti, sekaligus menyebabkan tekanan darah anda meningkat naik. Lagi, alkohol dan dadah juga adalah antara faktor penyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi.

Jadi, memang anda patut menitikberatkan faktor pemakanan dalam kehidupan anda bagi mengelak kepada masalah tekanan darah tinggi yang lebih kronik pada masa akan datang.

#4 Keturunan

Jika keturunan anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, adalah disarankan untuk anda sering melakukan medical check up dengan lebih kerap. Atau paling tidak, anda mempunyai satu alat pengukur tekanan darah yang banyak di jual di Lazada SINI. Faktor keturunan adalah faktor yang di luar kawalan, tetapi anda masih boleh lakukan langkah-langkah awal jika tekanan darah anda meningkat naik.

Tips Turunkan Tekanan Darah

Untuk tips menurunkan tekanan darah, saya sarankan anda baca artikel khusus saya berkenaan dengan topik ini di Tips Turunkan Tekanan Darah Berkesan. Ianya pasti sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada anda untuk menurunkan tekanan darah anda ke paras yang lebih selamat.