Simptom darah tinggi merupakan satu perkara awal yang boleh kita lakukan jika terkena penyakit darah tinggi. Ianya merupakan satu pencegahan awal sebelum darah tinggi menjadi lebih kronik. Jika anda mempunyai simptom ini, saya memang galakkan anda untuk memulakan langkah-langkah awal untuk mencegah kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

bacaan normal tekanan darah

Tekanan Darah Normal

Sebelum pergi lebih jauh berkenaan dengan simtom darah tinggi ataupun tanda-tanda awal darah tinggi, apa yang lebih penting adalah untuk anda mengetahui asas-asas dalam tekanan darah tinggi. Perkara asas ini adalah penting untuk anda tahu iaitu apakah dia tekanan darah yang normal atau tekanan yang diklasifikasikan sebagai tinggi untuk mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Apa itu sistolik dan diastolik dan lain-lain lagi. Untuk itu, saya sarankan anda untuk baca artikel apakah tekanan normal darah tinggi INI sebagai panduan anda untuk mengetahui tekanan darah normal dan lain-lain lagi.

Simptom Darah Tinggi yang anda patut tahu

#1 Sakit Kepala Terutama Ketika Marah

Kerap sakit kepala terutama ketika marah adalah antara tanda-tanda berlakunya penyakit darah tinggi. Jika ini berlaku, kemungkinan yang tekanan darah anda melonjak sehingga 180/110 mmHg. Risiko lebih tinggi kepada mereka yang seringkali stress atau bekerja dalam keadaan tertekan. Para guru dan doktor di Malaysia adalah antara mereka yang banyak mengidap penyakit darah tinggi, juga kepada sesiapa yang seringkali bekerja dalam tekanan dan banyak lagi.

Nasihat kami, lakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa atau pergi ke klinik dengan segera terutama jika anda tahu yang anda bekerja dalam suasana stress. Untuk lebih mudah, saya sarankan anda dapatkan alat pengukur tekanan darah yang sudah ada banyak di pasaran. Lebih mudah untuk anda lakukan monitoring tekanan darah anda dari semasa ke semasa dan tidak perlu kerap berjumpa dengan doktor hanya semata-mata untuk memeriksa tekanan darah. Boleh kerap periksa sendiri di rumah.

#2 Sering marah

Ini bisa terjadi jika anda bekerja dalam tekanan, apapun tanda ini tidak speasifik. Nasihat saya, jika anda selalu depress atau anda bekerja dalam keadaan tertekan, sentiasa monitor tekanan darah anda ataupun dapatkan alat pengukur tekanan darah anda untuk kepastian.

#3 Pendarahan di hidung

Seringkali terjadi, jika anda kerap berdarah di hidung adalah antara tanda-tanda awal tekanan darah tinggi. Dapatkan nasihat doktor atau segera ke klinik untuk semakan lanjut dan mintak doktor periksa tekanan darah anda dari masa ke semasa.

#4 Kesukaran Untuk Tidur

Ini adalah antara gejala yang sering terjadi ataupun simptom yang ketara kepada mereka yang mengidap penyakit darah tinggi iaitu kesukaran untuk tidur. Ataupun kegelisahan untuk tidur adalah antara tanda-tanda awal penyakit darah tinggi.

#5 Wajah yang kemerah-merahan

Ini adalah satu lagi tanda-tanda atau simptom darah tinggi yang seringkali terjadi iaitu darah yang kemerah-merahan. Jika anda mendapati wajah anda agak kemerah-merahan juga sering sakit kepala dan kurang tidur atau sukar untuk tidur, memang berkemungkinan yang anda mempunyai tekanan darah tinggi. Sebagai langkah awal, segera ke klinik dan dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda dari masa ke semasa.

Tips untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Saya harap 5 simptom darah tinggi ini membantu anda untuk mengenalpasti darah tinggi yang semakin berlaku. Jika ada tanda-tanda ini, saya menggalakkan anda untuk ke klinik berdekatan dan dapatkan pemeriksaan doktor atau dapatkan alat pengukur darah tinggi di SINI.

Untuk tips menurunkan tekanan darah tinggi, saya sarankan anda membaca artikel khusus berkenaan dengan topik tersebut di tips turunkan tekanan darah tinggi yang anda patut tahu. Saya mengupas beberapa aspek penting berkenaan dengan tips dan cara untuk mengurangkan tekanan darah tinggi secara berkesan.