Tempoh Berpantang Selepas Bersalin – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Bersalin adalah satu tempoh pertarungan nyawa yang dijalani oleh seorang ibu. Hal ini menyebabkan banyak urat-urat dan otot-otot wanita terganggu dan ia sangat sensitif yang mungkin tidak nampak di mata. Namun, luka di dalam tidak diketahui. Justeru, nenek-moyang selalu berpesan agar wanita mempunyai tempoh berpantang selepas bersalin. Mengapa berpantang? Apa kelebihan berpantang? Dan Berapa lama tempoh pantang yang sesuai?

Pada pandangan seorang Muslim, saya melihat berpantang ini seolah-olah berpuasa. Menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh membahayakan diri atau melemahkan kekuatan kewanitaan kita. Pada asalnya, Islam mengaharamkan wanita melakukan perbuatan-perbutan yang juga diharamkan ketika haid seperti solat, puasa, dan bersetubuh. Ia digambarkan seperti masa berehat bagi kaum wanita.Pada masa yang sama, alam Melayu menggabungkan tempoh nifas ini dengan tempoh rawatan kewanitaan. Sebahagian orang mengatakan tempoh berpantang 44 hari dan ada juga yang berpandangan 60 atau 100 hari lebih baik. Masing-masing punya kebaikan yang tertentu. Namun, ada banyak lagi kelebihan berpantang.

Antara kelebihan berpantang ialah dapat penjagaan yang rapi dalam tempoh yang sesuai untuk pemulihan dan rawatan. Semasa dalam tempoh ini, si ibu dapat berehat daripada melakukan aktiviti-aktiviti menyelenggara rumah seperti mengemas, memasak, mencuci pakaian, dan sebagainya. Tempoh rehat ini boleh lah digunakan untuk mengurut, membelai diri, serta mencantikkan diri agar kelihatan lebih menawan walaupun sudah beranak satu, dua, tiga atau lebih.

Selain itu, tempoh berpantang juga adalah tempoh menstabilkan emosi. Si ibu akan berhadapan dengan pelbagai keadaan yang mungkin sebahagian mereka trauma atau fobia. Lebih-lebih lagi bagi yang mengalami sebarang komplikasi seperti bayi tersangkut, bayi lemas, susah untuk meneran, pembedahan, dan sebagainya. Keadaan ini memerlukan masa untuk bertenang dan berhibur. Oleh sebab itu, si ibu perlu dibiarkan berehat secukupnya. Rehat yang dimaksudkan bukan sahaja rehat fizikal tetapi juga rehat minda dan emosi.

Tempoh pantang bersalin juga adalah tempoh yang baik bagi mendekatkan diri ibu dengan anak yang baru dilahirkan kerana anak ini baru sahaja tiba ke dunia. Masih mencari dengan siapa harus dia bertumpang kasih. Waktu berpantang, ibu boleh lebih dekat dengan anak dan menghabiskan masa sepenuhnya melayan anak selain melayan diri sendiri. Apabila anak memerlukan susu, bila-bila masa sahaja ibu akan ada bersama dengannya. Hubungan yang erat dan akrab ini akan memudahkan lagi mendidik anak.

Sewaktu dalam tempoh berpantang, si ibu akan melakukan aktiviti seperti mengurut, bertungku, memakai bengkung, memakai stokin, melulur, bertangas, dan sebagainya yang berkemungkinan jarang sekali atau tidak pernah dilakukan oleh seorang wanita. Hal ini mampu mengekalkan kecantikan wanita luar dan dalam serta sentiasa awet muda. Sesuai lah dengan fitrah wanita yang sukakan belaian, kecantikan, perhatian, dan kasih sayang.

Digalakkan juga untuk mengambil set berpantang yang betul dan mengikut semua yang disyorkan. Berikut adalah antara beberapa pilihan set yang terbaik yang ada di pasaran.

Berkenaan dengan tempoh pantang bersalin, semuanya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Samada berpantang 44, 60, atau 100 hari. Semakin lama tempoh berpantang semakin baik dan kukuh keadaan dan kesihatan seseorang wanita. Dari segi masa bersama anak juga sama. Semakin lama berpantang, semakin lama masa dekat dengan anak-anak terutamanya bagi wanita atau ibu yang berkerjaya. Namun perlu diingat, semakin lama tempoh berpantang semakin isteri terbiasa pula untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai isteri untuk memasak, membasuh dan sebagainya. Kebiasaan ini takut-takut akan menyebabkan isteri semakin naik lemak. Namun, jika keadaan ini mampu dikawal tidak ada apa-apa masalah. Tempoh berpantang yang terlalu lama juga dikhuatiri mampu mengganggu emosi suami kerana tidak dapat bersama dengan isteri. Malahan bagi wanita berkerjaya, sekiranya kerja semakin bertambah dan menimbun akan menyebabkan gangguan di kemudian hari jika berpantang terlalu lama.

Dalam Islam, ada menyebutkan tentang tempoh nifas iaitu darah yang mengalir seperti haid tetapi selepas bersalin. Pandangan Abu Sahl al-So’luki dalam buku Haid, Nifas, dan Istihadhah muka surat 197 mengatakan bahawa tempoh maksimum bagi nifas menjangkau 60 hari. Hal ini menunjukkan berpantang selama 60 hari adalah relevan.

Walaubagaimanpun, wanita yang bersalin tersebut sendiri memahami tubuh dan kesihatan dirinya. Besederhana lah dalam melakukan apa sahaja dan melakukan sesuatu dengan memilih jalan terbaik iaitu tidak terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan atau seolah-olah mengambil kesempatan ke atas masa rehat yang diberikan dan juga tidak terlalu singkat sehingga memudaratkan diri dan keluarga.

Untuk set berpantang yang terbaik, kami rekemen set Nona Roguy di SINI. Boleh KLIK Untuk dapatkan info lanjut.

Leave a Reply