7 Tips Untuk hamil – Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Posted by on August 2, 2017 in ibu mengandung | 0 comments

Ini adalah perkongsian daripada saudara Nik Mohd Fahmi berkenaan dengan cara yang beliau dan pasangan gunakan sebagai tips untuk hamil. Bagi saya, ianya adalah satu perkongsian yang bagus kepada pasangan yang ingin cepat hamil terutama sekali yang masih belum dapat anak walaupun anak pertama. Perkongsian beliau sangat menarik terutama bagi yang dah lama mencuba tetapi masih belum lagi mendapat cahaya mata.

Harap dengan perkongsian dari beliau ini dapat membuka mata dan sebagai tips cepat hamil untuk anda. Harapnya, kalau anda memang mencari tips ini, boleh amalkan dan sentiasa tambah dengan ikhtiar dan doa agar semuanya dipermudahkan. Ini pun salah satu aspek yang penting dalam proses ikhtiar.

Perjalanan Bermula

Ianya bermula selepas salah seorang selebriti yang dah lama mencuba tips dan teknik untuk hamil ini berkongis dan mewujudkan group whatsapp. Dari situ, isteri kepada tuan Nik ada dan mereka pun mencuba apa yang disarankan untuk cepat hamil. Antara faktor yang sangat ditekankan adalah faktor pemakanan dalam ikhtiar untuk hamil. Pemakanan memang memainkan peranan yang penting dan berikut adalah 9 tips yang dikongsikan;

Ianya untuk diamalkan oleh pihak suami dan isteri. Memang menarik dan antara tips yang baik untuk dikongsikan.

#1 Amalkan Memakan Minyak Zaiton

1 sudu minyak zaiton sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur untuk kesihatan yang berpanjangan. Ada banyak jenis sekarang dan yang paling disarankan adalah jenama Ravika ini. Sedap dan tidak terlalu masam.

#2 Minum Madu Sebelum Sarapan dan Tidur

Cuba amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur. Kalau boleh cari yang berkualiti dan cuba amalkan sebaiknya. Tak tahu nak cari di mana? Boleh ke SINI untuk dapatkan pilihan yang terbaik untuk minyak anda.

#3 Minum Pati Delima

Ini pun antara beberapa tips yang baik kepada anda boleh amalkan. Ramai yang mengamalkan meminum pati ini untuk kesihatan jangka masa panjang. Juga untuk salah satu daripada tips untuk kehamilan. Anda boleh amalkan juga. Cara minum pati ini pun tak susah, boleh ke SINI untuk cara yang lebih detail berkenaan dengan cara minum.

#4 Amalkan Susu Kambing

Susu kambing adalah antara yang sangat sesuai untuk diamalkan. Ada yang segar dan ada yang telahpun diproses. Kalau susah nak dapatkan yang segar tu, beli je yang dah diproses kerana ianya memang telah diuji secara klinikal untuk membantu perkembangan dan mempercepatkan kehamilan. Adakalanya ianya boleh jadi milk booster. Apapun, boleh tengok pilihan susu kambing di SINI.

#5 Amalkan Zafaron

Boleh amalkan safron, rendam dalam air suam dan madu. Tunggu sehingga kekuningan dan tiada masalah untuk dibawa ke tempat kerja. Memang antara pilihan yang baik untuk cepat hamil.

#6 Amalkan Makan Kurma

Kurma adalah makanan yang popular semasa bulan puasa, selain daripada bulan puasa, memang susah nak dapat. Kalau dah amalkan kurma tak perlu lagi pada asid folik. Tapi kalau susah nak jumpa kurma ini, beli je asid folik di kedai berdekatan. Antara cara amalkan adalah, makan dan campur dengan susu, pun sedap juga.

#7 Minum air kepada di hujung kehamilan.

Ini kalau sudah mengandung dan ianya adalah untuk mencantikkan kulit bayi. Apapun, boleh amalkan beberapa tips yang kami kongsikan di atas ini bagi membantu untuk anda dan pasangan untuk cepat dapat anak.

Ianya memang berguna dan harap, perkongsian daripada saudara Nik Mohd ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada anda berkenaan dengan tips terbaik untuk cepat hamil. Jangan putus asa dan sentiasa berikhtiarlah, harap dengan itu, lebih mudah untuk anda cepat hamil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *