Ubat Kencing Manis Dengan Puasa – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Posted by on May 21, 2017 in kesihatan | 0 comments

Salah satu daripada kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Amerika adalah berkenaan dengan puasa membolehkan anda mengurangkan dan memperbaiki kesan kencing manis ataupun diabetes. Ianya adalah ubat kencing manis yang murah dan berkesan kerana anda hanya perlukan untuk berpuasa secara konsisten selama beberapa hari dalam seminggu. Mengikut Islam, anda digalakkan untuk berpuasa pada hari isnin dan khamis pada setiap minggu dan perkara ini secara tidak langsung membolehkan anda untuk mengurangkan dan merawat penyakit diabetes ini.

Kajian yang dilakukan adalah dengan membuat trick yang seperti berpuasa beberapa hari dalam seminggu beserta dengan diet yang betul yang di amalkan. Ianya dikatakan cukup untuk memulihkan beberapa fungsi organ dan mengembalikan fungsi insulin dalam tubuh. Ianya adalah penyelidikan yang penting sebagai salah satu cara untuk anda memulihkan penyakit diabetes secara natural.

Track Perjalanan Gula Dalam Darah Dengan Kerap

Sebelum kami pergi lebih lanjut berkenaan dengan kajian yang dijalankan, adalah lebih penting untuk anda monitor perjalanan gula dalam anda secara kerap. 2 hari sekali bagi membolehkan anda melihat keberkesanan diet dan tips yang bakal diamalkan. Untuk itu, kami cadangkan untuk anda dapatkan glucometer INI sebagai salah satu cara untuk melihat kandungan gula dalam darah anda.

Tidak perlu untuk kerap ke klinik kesihatan hanya untuk melihat kandungan gula dalam darah. Memang ada perlukan alat ini untuk lihat keberkesanan tips ataupun diet yang anda amalkan. Harapnya, kandungan sugar ini semakin menurun dengan tips yang diamalkan.

Bagaimana Diabetes Terjadi

Untuk pengetahuan anda, kencing manis ini terjadi kerana Pankreas dalam tubuh tidak dapat menghasilkan insulin untuk tubuh. Walaupun ada banyak faktor lain seperti keturunan yang ada penyakit ini, tetapi, faktor pemakanan seperti kerap memakan benda manis dan meminum air berkarbonat adalah antara faktor utama kenapa penyakit ini menyerang. Jadi, kepada yang belum terkena ini, jaga pemakanan anda.

Berkenaan Dengan Kajian Yang Dijalankan

Kajian yang dijalankan adalah dengan melibatkan tikus, dengan memaksa tikus ke tahap tanpa makan yang ekstream dan kemudian mengembalikan seperti asal, ini menyebabkan sel dalam pankreas tikus tersebut menghasilkan seolah-olah reprograming untuk kembali seperti asal. Lihat sumber

Untuk kajian ini, tikus-tikus ini dipaksa berpuasa selama beberapa hari dalam seminggu untuk beberapa bulan untuk melihat hasilnya. Kajian awal mendapati, teknik ini cukup untuk membolehkan sel-sel dalam Pankreas yang telah rosak diganti dengan sel yang elok. Ini adalah satu penemuan yang menarik dan memberikan sinar baru kepada pesakit Diabetes.

Tidak terhad kepada tikus, kajian juga dijalankan penderma daripada manusia. Ianya menunjukkan kesan positif dimana berpuasa membuatkan pankreas lebih berfungsi daripada yang normal. Ianya menunjukkan tanda-tanda yang baik kepada manusia juga.

Perlu dingat yang ianya sekadar kajian yang masih belum lengkap lagi. Setakat ini kajian ini menunjukkan tanda-tanda yang baik untuk tikus dan masih lagi memerlukan kajian yang menyeluruh untuk manusia. Ianya tidak sekadar berpuasa, anda juga perlukan diet yang betul ketika berbuka terutama jika anda memang menghidap penyakit ini.

Berpuasa Secara Kerap Memang Digalakkan

Walaupun kajian ini masih belum lengkap, anda sudah boleh memulakan langkah untuk berpuasa secara konsisten selama 2 hari seminggu. Yang memotivasikan anda adalah ganjaran sunat yang akan anda perolehi daripada amalan tersebut dan anggaplah jika pankreas anda mula menghasilkan insulin kembali, ianya sebagai satu bonus kepada anda.

Boleh mulakan dari sekarang untuk salah satu tips yang baik mengelak diabetes ataupun kencing manis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *