Kes-kes Virus Zika di Malaysia dan beberapa fakta penting

Ramai yang mula mencari info berkenaan dengan virus Zika di Malaysia kerana ianya mula di kesan di Lembah Klang. Ianya dikesan setelah seorang wanita pulang daripada Singapura. Maklumat lanjut berkenaan dengan perkara tersebut boleh anda dapatkan di artikel Berita Harian INI.

Inilah antara kes pertama yang berlaku di Malaysia, kami akan sentiasa up to date dengan kes berkenaan dengan virus Zika ini dan sentiasa cuba memberikan info terkini yang terbaru. Teruskan bersama kami untuk info-info lanjut berkenaan dengan perkembangan virus ini di Malaysia.

Beberapa fakta penting berkenaan dengan Virus Zika

Apa itu virus Zika? Berikut adalah beberapa fakta penting yang perlu anda tahu berkenaan dengan virus zika ini;

  • Ianya dikesan pertama kali menular di kawasan Amerika Latin seperti Brazil, Colombia dan beberapa negara lain. Terkini, penularan virus ini telah sampai ke Singapura dan Malaysia.
  • Ianya disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan nyamuk yang sama untuk penularan penyakit demam denggi. Ianya sangat berbahaya untuk ibu mengandung di mana virus ini juga akan menjangkiti anak di dalam kandungan dan mewujudkan simtom otak kecil atau ‘mikrosefali’.
  • Antara simptom paling biasa adalah demam, pening, ruam dan sakit belakang.
  • Nyamuk Aedes adalah agen utama yang menyebabkan kepada penularan Virus Zika. Ianya aktif pada waktu pagi dan senja. Jadi, elakkan untuk berada di luar rumah pada waktu-waktu ini untuk mengelak penularan virus Zika.

Tips-tips mencegah daripada Virus Zika

virus Zika Infografik

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada penularan virus ini dari merebak dan menjangkiti anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah pencegahan di rumah anda sendiri. Ianya lebih efektif dan berkesan.

Antara yang anda boleh lakukan adalah;

  1. Buang air yang bertakung yang ada di sektar rumah. Terutama dalam pasu-pasu, bekas tayar dan botol-botol kosong.
  2. Tutup semua tadahan air dan gunakan ubat jentik-jentik.
  3. Gunakan langsir yang telah dirawat untuk diletak di tingkap-tingkap untuk mengelak daripada nyamuk masuk ke dalam rumah. Boleh lihat SINI untuk langsir yang dicadangkan.
  4. Gunakan ubat nyamuk elektronik INI untuk mengelak anda terkena gigitan nyamuk semasa tidur. Lebih baik untuk anda pasangkan ubat nyamuk ini pada waktu pagi dan senja terutama semasa nyamuk Aedes sedang aktif.
  5. Tidur di tempat yang ada kelambu lebih baik. Lebih kritikal kepada bayi anda. Kalau boleh setiap kali ingin tidur, sentiasa gunakan kelambu baby INI kepada bayi. Lagilah kalau bayi anda kerap tidur di waktu senja dan awal pagi. Memang perlu sangat kelambu ini untuk faktor keselamatan.
  6. Terakhir, pastikan keadaan sampah dalam keadaan yang baik dan teratur. Sentiasa jaga kebersihan rumah.

Pencegahan Lebih Penting Daripada Merawat

Inilah antara beberapa tips dan fakta penting berkenaan dengan virus Zika di Malaysia. Yang paling penting adalah mencegah daripada merawat. Lakukan pencegahan dari awal untuk mengelak daripada terkena virus Zika.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *